Skim Pembiayaan Biasiswa Yayasan Aminuddin Baki diwujudkan bertujuan untuk memberi pembiayaan pendidikan kepada pelajar Melayu termiskin yang layak dan tidak berkemampuan supaya golongan ini dapat meneruskan pengajian di Sekolah Rendah Awam dan Menengah Awam serta di Universiti Tempatan Awam. Skim ini membuka lebih banyak peluang kepada mereka yang kurang berkemampuan untuk mencapai cita - cita mereka.

BIASISWA SEKOLAH
- Biasiswa Sekolah Menengah
- Biasiswa Sekolah Rendah
- Biasiswa Kecemerlangan Sukan

BIASISWA PENGAJIAN TINGGI
- Biasiswa Kecemerlangan Aminuddin Baki
- Biasiswa Diploma Tahfiz Al - Quran
- Skim Pelajar Cemerlang YAB
- Skim Bantuan Pinjaman Pelajaran

BANTUAN KEWANGAN TERKINI
- Skim Bantuan Kewangan Pelajar Miskin Universiti (PMU) YAB
untuk pelajar-pelajar miskin cemerlang yang akan
melanjutkan pengajian di universiti tempatan, khas buat pelajar ijazah
sarjana muda tahun 1 semester 1 sahaja (mengikut terma & syarat).
Bantuan ini adalah untuk sekali bayar sahaja tanpa sebarang ikatan
dengan YAB bagi membantu pelajar-pelajar sebelum mendapat bantuan
kewangan daripada mana-mana agensi lain, seperti PTPTN, MARA, Yayasan
Negeri dsb.
Klik link dibawah untuk dapatkan borang dan syarat-syarat bantuan kewangan terkini
Borang Permohonan Bantuan Kewangan