Permohonan untuk bantuan boleh dimajukan terus kepada YABM melalui emel.

 

Cara Memohon Bantuan Daripada YABM

YABM bekerjasama dengan sekolah dan IPTA untuk mengenalpasti pelajar yang berkelayakan untuk menerima bantuan. Mana-mana PIBG daripada mana-mana sekolah boleh memohon terus bantuan daripada YABM. Permohonan untuk bantuan boleh juga dibuat oleh pejabat pendidikan tempatan bagi pihak sesebuah sekolah atau beberapa buah sekolah yang memerlukan bantuan yang serupa. Permohonan individu boleh dilakukan secara online.

Walaubagaimana pun terdapat beberapa syarat :

1.    Keutamaan akan diberi kepada PIBG sekolah-sekolah luarbandar, sekolah-sekolah di pedalaman dan sekolah-sekolah miskin bandar

2.    Bantuan hanya diberi kepada permintaan yang tidak boleh didapati daripada keajaan melalui mekanisma biasa.

3.    Permintaan untuk bantuan akhirnya mesti ada kaitan dengan enam aspirasi pelajar seperti yang terkandung dalam PPPM 2013-25 iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika & kerohanian, dan identiti nasional.

Permohonan mestilah mengandungi butiran berikut :

1.    Jenis bantuan yang diperlukan

2.    Sebab bantuan diperlukan

3.    Bila bantuan diperlukan

4.    Berapa perbelanjaan yang diperlukan

5.    Di mana berkaitan, nyatakan samaada bantuan yang dipohon ada kepakaran tempatan

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi +603 7954 9927 atau emel info@yabm.org.my.