Menjadi Penderma

Sumber pendapatan YAB adalah hasil derma daripada orang awam, institusi dan syarikat korporat awam / swasta dan juga syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk menjalankan aktivitinya. Dengan bantuan derma anda yang dihulurkan kepada YAB, kami akan memastikan supaya amanah yang diberi kepada kami akan dimanfaatkan kepada golongan pelajar - pelajar Melayu yang memerlukannya terutama sekali pelajar di luar bandar. Sila hantarkan nama anda atau nama organisasi anda bersertakan alamat penuh dan semua butiran perhubungan bersama derma anda kepada kami.

Derma boleh disampaikan seperti berikut :

  1. Melalui deposit tunai ke akaun Yayasan Aminuddin Baki
  2. Melalui pemindahan kewangan atas talian ke akaun Yayasan Aminuddin Baki
  3. Melalui cek

Butiran Akaun :
Nama Akaun : Yayasan Aminuddin Baki
No. Akaun: 0140 7542 7945
Bank Berdaftar: Malayan Banking Berhad