VISI

"Menjadi sebuah Yayasan yang komited dengan usaha-usaha memperkasakan bangsa Melayu melalui sektor pendidikan"

MISI

"Menawarkan bantuan serta memberi nilai tambah kepada aktiviti-aktiviti utama dan sokongan terhadap program kecemerlangan pendidikan bangsa Melayu"

Pencapaian VISI dan MISI kami

Mematuhi ikatan amanah (trust deed) dan undang-undang tubuh yang telah diperakukan oleh Peguam Negara, Yayasan boleh mencapai visinya dengan menyempurnakan matlamat, objektif dan strategi berikut :

  1.   Mempunyai sumber kewangan yang kukuh.
  2.   Membantu pelajar Melayu mencapai kecemerlangan.
  3.   Menyumbang dalam program - program memperkasakan Tamadun Bangsa Melayu.
  4.   Menjadi NGO yang profesional, dinamik, berdikari, mantap dan dihormati masyarakat.