Strategi bagi Objektif 1.0

Objektif 1.1 :

Mengendalikan Projek Yang Mampu Menjana Keuntungan

Strategi

Yayasan perlu setakat yang dibolehkan oleh undang - undang tubuhnya sendiri menggandakan dana simpanannya dengan cara membuat pelaburan di pasaran saham. membuat simpanan tetap di bank-bank yang terpilih ataupun dengan melalui perkongsian pintar dengan pihak lain. Yayasan boleh melibatkan diri dalam perniagaan yang halal dan berpotensi.

Yayasan juga boleh menganjurkan "charity dinner" atau charity golf" atau yang seumpama dengannya. Acara seperti di atas mampu menjana iklan dan jualan meja. Yayasan juga perlu sentiasa bersedia mengalu - alukan dan menerima sumbangan dari pihak lain khususnya para dermawan.

Strategi bagi Objektif 2.0

Objektif 2.1 :

Memberi Tajaan Kewangan

Strategi

Menaja 15 pelajar yang sesuai untuk ditawarkan pinjaman pengajian tinggi bagi kursus Ijazah pertama dan diploma di Universiti awam dalam Malaysia. Dua calon bagi setiap Universiti. Pemilihan akan dibuat oleh pihak Universiti dan Yayasan sendiri.

Geran langsung (sekali sahaja) akan diberi kepada pelajar dengan jumlah maksimum sebanyak RM2.000.00 bagi sepuluh orang calon yang difikirkan sesuai tetapi tidak berjaya mendapat pinjaman pendidikan dari pihak - pihak lain.

Bagi pelajar sekolah menengah pula, Yayasan boleh menaja 20 orang bagi yuran peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). 15 orang bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan 10 orang bagi calon Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Tajaan komputer juga boleh diberi kepada pelajar yang terpilih. Yayasan akan menaja perkakasan belajar yang tidak melebihi RM2,000 kepada lima mahasiswa yang terpilih.

Objektif 2.2 :

Menganjurkan Majlis-Majlis Ilmu dan Kecemerlangan

Yayasan melalui anak syarikatnya akan menganjurkan seminar-seminar peperiksaan bagi pelajar sekolah menengah. Selain daripada itu. Yayasan juga boleh menganjurkan sesi Bengkel Belajar Cemerlang, Bengkel Peperiksaan dan kelas - kelas Bimbingan bagi pelajar-pelajar yang akan menghadapi peperiksaan penting.

Yayasan akan menganjurkan acara Anugerah Emas Aminuddin Baki bagi graduan sejarah dengan pencapaian Kelas Pertama.

Strategi bagi Objektif 3.0

Objektif 3.1 :

Menganjurkan Majlis-Majlis Ilmu dan Menyebarluaskan Penemuan dan Ilmu Baru Yang Berguna

Strategi

Yayasan akan mengadakan Majlis Pidato Umum Aminuddin Baki dengan menjemput tokoh-tokoh yang berwibawa bagi menyampaikan tajuk-tajuk pidato yang sesuai.

Selain daripada itu, Yayasan akan bekerjasama dengan agensi lain yang mempunyai perjuangan yang sama seperti GPMS bagi menganjurkan majlis-majlis ilmu.

Yayasan juga boleh mengambil bahagian dan bergerak aktif dalam kolokium atau forum mengenai Bangsa Melayu seperti Kongres anjuran GAPENA. Melantik atau menaja sarjana secara individu atau pun secara berkumpulan untuk melakukan penyelidikan. Yayasan boleh menerbitkan sendiri bahan-bahan kajian yang sesua iaitu dengan kerjasama pihak lain.

Strategi bagi Objektif 4.0

Objektif 4.1 :

Mempunyai Warga Kerja Yang Komited, Efisien dan Dinamis

Strategi

Pegawai dan kakitangan Yayasan yang berkejaya akan sentiasa diberi latihan bagi menjadi pekerja yang komited dan dinamik supaya Yayasan akan terus maju dan berjaya. Begitu juga dengan Sekretariat yang ceria dan mencapai tahap kecemerlangan yang dikehendaki. Pihak pengurusan Yayasan akan sentiasa menjaga kebajikan pekerja dan akan membawa mereka melancong sekali setahun bagi menceriakan suasana kerja harian dan memberikan motivasi.